fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Kunjungan Hormat kpd YB SUK 2025
 
20 Januari 2025 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu di pejabatnya hari ini.
 
Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan ucapan tahniah kepada YB Dato’ Nara Setia atas pelantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu. Dalam pertemuan penuh harmoni itu, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai pelbagai inisiatif dan peluang kerjasama strategik demi pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan umat Islam di negeri ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM menyatakan keyakinannya bahawa hubungan erat antara SUK Terengganu dan MAIDAM akan terus menyumbang kepada kemajuan masyarakat Islam di Terengganu. Beliau turut menaruh harapan agar kolaborasi ini dapat memperkasakan pelbagai program dan inisiatif yang bermanfaat serta memberikan impak positif kepada masyarakat terutamanya dalam memperkukuh institusi agama dan memperkasakan ekonomi umat Islam di Terengganu.
 
Sementara itu, YB Dato' Nara Setia menzahirkan ucapan terima kasih atas kunjungan hormat ini dan menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama erat dengan MAIDAM dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri. Kunjungan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara MAIDAM dan SUK Terengganu, tetapi juga mencerminkan kesungguhan kedua-dua pihak untuk terus memacu kesejahteraan ummah di negeri Terengganu.
 
Turut hadir ialah Pn. Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), Haji Ahmad Nordin Alias, Penolong Kanan Setiausaha (Teknologi Maklumat), Hajah Norliza Muhd Nor, Penolong Kanan Setiausaha (Kewangan) dan En. Abdul Halim Lim Abdul Rahman, Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat) MAIDAM.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY