fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
jawhar2
 
17 SYAABAN 1446 | 16 FEBRUARI 2025 | AHAD - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Program Santuni Asnaf di Perumahan MAIDAM Banggol Peradong bertujuan menyantuni serta menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
 
jawhar3
 
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM menegaskan bahawa program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan material, tetapi juga sebagai langkah memperkasa golongan asnaf melalui sokongan moral dan motivasi untuk menghadapi cabaran kehidupan.
 
“Program seperti ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada penerima bantuan dan membangkitkan semangat mereka untuk meningkatkan taraf hidup. Kita semua mempunyai tanggungjawab bersama dalam membantu mereka yang memerlukan agar dapat keluar daripada belenggu kesusahan dan membina kehidupan yang lebih baik,” katanya.
 
MAIDAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JAWHAR, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Yayasan Waqaf Malaysia atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR serta YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM yang bersama-sama menyaksikan penyampaian bantuan kepada para asnaf.
 
Sesungguhnya, program ini adalah bukti komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terus dibela dan membantu mereka menuju ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan berdikari.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY