
๐ฎ๐ฑ ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐๐ก ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฒ | ๐ฎ๐ฐ ๐๐๐๐ฅ๐จ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ | ๐๐ฆ๐ก๐๐ก
24 Februari 2025 - Kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H/2025M bagi negeri Terengganu Darul Iman telah ditetapkan pada dua kadar iaitu :
a. ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ.๐ฌ๐ฌ bagi setiap orang,
b. Bagi mana-mana orang yang memakan ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ท๐ฒ๐ป๐ถ๐ ๐๐ฎ๐๐บ๐ฎ๐๐ต๐ถ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ, rujukan kadar zakat fitrah adalah ๐ฅ๐ ๐ฎ๐ญ.๐ฌ๐ฌ bagi setiap orang.
Pembayaran zakat fitrah adalah sama ada secara fizikal tunai atau melalui kaedah bayaran tanpa tunai (cashless) yang disediakan menerusi laman sesawang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) atau amil atau mana-mana kaedah yang telah dipersetujui.
Demikian dinyatakan oleh YBhg. Datoโ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM ketika program Sidang Media Pengumuman Ketetapan Kadar Zakat Fitrah Tahun 1446H/2025M Bagi Negeri Terengganu Darul Iman hari ini.
Turut hadir ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Tuan Haji Nazli Amiri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat).