fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Ketengah serah Zakat Perniagaan 2025
 
9 April 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd. di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
 
Serahan zakat berjumlah RM5,110,348.20 bagi tahun kewangan yang berakhir 2024 tersebut diwakili oleh Dato’ Seri (Dr.) Ahmad bin Said, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
 
Turut menyaksikan majlis tersebut Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Dr. Haji Mohamad Sabri Haron, Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Terengganu (yang juga merupakan Ahli Dewan Pangkuan Diraja) dan Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
 
Penyerahan zakat ini sesungguhnya mencerminkan peranan penting sektor korporat dalam melaksanakan kewajipan zakat bagi menyumbang ke arah kemakmuran dan kebajikan masyarakat Islam khususnya di negeri Terengganu.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY