
30 April 2025 - Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Hadiah sempena Kempen Ramadan 1446H: Gandakan Kasih Sayang & Anugerah E-Amil Terbaik telah berlangsung di Quinara Al Safir Resort hari ini.
Majlis ini dihadiri oleh seramai 40 orang pemenang cabutan bertuah Kempen Ramadan 1446H serta 8 orang penerima Anugerah E-Amil Terbaik, sebagai penghargaan kepada mereka yang menunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam menunaikan zakat melalui platform MAIDAM.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai MAIDAM yang sama-sama meraikan para pemenang.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat yang terus menyokong usaha MAIDAM dalam menyantuni asnaf dan memartabatkan institusi zakat.