
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima persembahan Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna yang diadakan di Istana Syarqiyyah.
Mushaf istimewa tersebut telah dipersembahkan oleh Datoβ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM diiringi Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan satu naskhah al-Quran yang direka dan ditulis dengan penuh teliti, mencerminkan keindahan seni khat Islam serta warisan budaya Islam di Terengganu.
Sesungguhnya, persembahan mushaf ini adalah simbol penghormatan tertinggi ke atas KDYMM Tuanku Sultan sebagai penaung utama kepada kedaulatan syiar Islam di negeri ini.