
28 Mei 2025 - Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama Wakaf MAIDAM Dengan UiTMCT telah diadaka di Dewan Lestari, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Kuala Terengganu hari ini.
Mewakili MAIDAM ialah Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Tengku Mohamad Hafiz Tengku Hashim Badli, Ketua Penolong Setiausaha - Pengurusan Mal.
UiTMCT pula diwakili oleh Dr. Ermeey Abd. Kadir, Rektor UiTMCT dan Dr. Baktiar Musa, Timbalan Rektor – Penyelidikan & Jaringan Industri.