fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
Ziarah Kasih MAIDAM 2025
 
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menziarahi 16 keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan bas tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) baru-baru ini.
 
Ziarah yang diketuai Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM ini bermula di kediaman pertama di Kampung Tok Dor, Jabi, sebelum diteruskan ke 15 lagi kediaman lain di sekitar daerah Besut dan Setiu. Setiap kunjungan membawa doa, kata-kata semangat serta harapan agar semua yang terlibat dikurniakan kekuatan dalam menghadapi ujian yang tidak terduga ini.
 
Dalam kunjungan tersebut, MAIDAM menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,500.00 kepada setiap waris pelajar yang terkorban sebagai tanda kasih dan sokongan daripada seluruh warga MAIDAM dan rakyat Terengganu.
 
Turut diziarahi ialah salah seorang pelajar yang cedera, Nur Ain Najwa binti Mohd Ilias, di rumahnya di Kampung Gong Kemuntong. Semua 27 orang pelajar yang cedera akan menerima sumbangan RM1,000.00 setiap seorang dalam masa terdekat.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, ziarah ini adalah simbol keprihatinan dan kasih sayang sebuah institusi agama terhadap masyarakat, lebih-lebih lagi dalam waktu penuh duka dan kehilangan.
 
“Sumbangan ini mungkin tidak mampu mengubat luka, tetapi kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan dan menjadi isyarat bahawa mereka tidak bersendirian,” katanya. Ziarah berakhir di Kampung Rahmat, Chalok, Setiu, sekitar jam 6.00 petang.
 
Suasana sepanjang ziarah penuh dengan rasa sayu, namun disulami semangat solidariti dan doa yang tidak pernah putus.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY