
19 Jun 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Bank Rakyat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Bank Rakyat telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,005,747.00 melalui YM Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin Tunku Datuk Seri Adnan, Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat.
Menyaksikan majlis tersebut ialah Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM, Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu serta Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.