fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

korban

 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah melaksanakan Program Ibadah Qurban bagi tahun 2025 dengan jayanya. Bagi tahun ini, sebanyak 120 ekor lembu qurban telah diagihkan ke seluruh masjid di negeri Terengganu. Peruntukan kos keseluruhan bagi pelaksanaan program ini adalah sebanyak RM800,000.00.

Sebelum pelaksanaan penyembelihan dijalankan, satu taklimat penyembelihan telah diadakan pada 20 Mei 2025 jam 8.00 malam bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Taklimat ini melibatkan seramai 116 orang penyembelih lembu qurban yang telah dilantik bagi melaksanakan tugas tersebut di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Pada keesokan harinya, iaitu 21 Mei 2025, satu majlis penyerahan watikah pelantikan penyembelih lembu qurban telah diadakan. Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Chendering, pada jam 9.00 pagi.

Pengagihan lembu qurban tahun 2025 telah dibahagikan mengikut zon seperti berikut:

Bagi Zon 1, pengagihan melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Sebanyak 22 ekor lembu telah diagihkan ke masjid-masjid di Kuala Terengganu, manakala 2 ekor lembu telah disalurkan ke Kompleks Darul Hidayah. Bagi daerah Kuala Nerus pula, sebanyak 15 ekor lembu diagihkan ke masjid dan 1 ekor lembu ke Kompleks Darul Hidayah. Jumlah keseluruhan bagi Zon 1 adalah 40 ekor lembu.

Untuk Zon 2, pengagihan melibatkan daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu. Di daerah Besut, 12 ekor lembu diagihkan ke masjid dan 2 ekor lembu ke Kompleks Darul Hidayah. Seterusnya, di daerah Setiu, 9 ekor lembu diagihkan ke masjid dan 1 ekor lembu ke Kompleks Darul Hidayah. Bagi Hulu Terengganu pula, 12 ekor lembu diagihkan ke masjid dan 2 ekor lembu ke Kompleks Darul Hidayah. Jumlah keseluruhan lembu qurban bagi Zon 2 adalah 38 ekor.

Sementara itu, Zon 3 melibatkan daerah Kemaman, Dungun dan Marang. Di daerah Kemaman, sebanyak 12 ekor lembu telah diagihkan ke masjid dan 2 ekor lembu ke Kompleks Darul Hidayah. Di daerah Dungun, 12 ekor lembu diagihkan ke masjid dan 1 ekor lembu ke Kompleks Darul Hidayah. Manakala di daerah Marang, 14 ekor lembu diagihkan ke masjid dan 1 ekor lembu ke Kompleks Darul Hidayah. Jumlah keseluruhan lembu qurban bagi Zon 3 adalah 42 ekor.

Secara keseluruhannya, sebanyak 120 ekor lembu telah diagihkan ke seluruh negeri Terengganu melalui masjid dan Kompleks Darul Hidayah di setiap daerah. Program ini mencerminkan komitmen MAIDAM dalam mengangkat syiar Islam serta memperkukuh pelaksanaan ibadah qurban secara tersusun dan menyeluruh di negeri Terengganu.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY