
23 Jun 2025 - Kursus Asas Kebakaran dan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill/Full Evacuation) melibat semua pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah diadakan di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan persekitaran pejabat MAIDAM di Kompleks Seri Iman hari ini.
Program dimulakan dengan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan disampaikan oleh Puan Thoyyibah Taib, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.
Sejurus selepas sesi taklimat selesai, sesi latihan pengungsian bangunan, demonstrasi alat pemadam api dan pemadaman api dapur pula diadakan yang dikendalikan oleh anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.
MAIDAM mengucapkan terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.