fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah 2024
 
24 Julai 2025 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah bagi Kempen Potong & Menang Potongan Zakat Berjadual (PZB) yang diadakan di Pejabat MAIDAM Kuala Terengganu.
 
Kempen ini merupakan inisiatif khas MAIDAM sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat yang membuat potongan gaji secara berjadual, bermula dari 1 Oktober 2024 hingga 30 April 2025. Hasilnya, tiga individu bertuah telah diumumkan sebagai pemenang utama.
 
Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman telah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa pakej Umrah, diikuti oleh Muhammad Johary Yusof yang memenangi sebuah motosikal Modenas KRIS 110, manakala Ammar Abdul Rahman pula menerima sebuah komputer riba HP.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir KPSU Khidmat Pengurusan, Wan Noraina Mardiah Wan Chik, serta beberapa pegawai MAIDAM yang lain.
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang, dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembayar zakat yang memilih potongan gaji sebagai medium penunaian zakat kepada MAIDAM. Semoga usaha murni ini terus diberkati Allah SWT.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY