
28 Julai 2025 - Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Tanah Kuala Nerus telah mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi tujuan perkongsian maklumat berkaitan dokumentasi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan, selaras dengan persediaan ke arah Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2025.
Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) mengetuai pentadbiran MAIDAM menyantuni delegasi daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus dan seterusnya menyampaikan taklimat mengenai amalan dan pematuhan keselamatan perlindungan di MAIDAM.
Delegasi juga berpeluang melihat pelaksanaan pematuhan secara langsung melalui lawatan ke beberapa ruang kerja di sekitar pejabat MAIDAM.
Mewakili Pejabat Daerah Kuala Nerus ialah Encik Abd Razak Abd Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Ahmad Feizal Haladin, Penolong Kanan Pegawai Daerah dan YM Tengku Mohd Hafiz Tengku Heng, Penolong Pegawai Daerah.
Manakala daripada Pejabat Tanah Kuala Nerus pula Encik Ahmad Taqiuddin Muskil Ali, Penolong Kanan Pentadbir Tanah, YM Tuan Nor Azanai Syed Mustafa, Penolong Pentadbir Tanah dan Encik Mohd Rafiuddin Jazalan Johan, Penolong Pentadbir Tanah.