fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Majlis APC MAIDAM 2025 Sept small
 
17 September 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dwibulanan (Mac–Ogos) & APC Jabatan Tahun 2024 hari ini bertempat di Auditorium JHEAT.

Majlis disempurnakan oleh Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM, kepada 36 penerima APC Dwibulanan (Mac–Ogos) dan 17 penerima APC Jabatan Tahun 2024. Anugerah ini bukan sahaja tanda pengiktirafan, malah satu dorongan untuk terus menzahirkan kecemerlangan perkhidmatan demi agama, masyarakat & negeri Terengganu.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu kerja, dia melaksanakannya dengan tekun (bersungguh-sungguh)." (Riwayat al-Tabarani)
 
Majlis turut meraikan Ustaz Muhamad Syarif Omer yang akan menamatkan perkhidmatan di MAIDAM mulai 7 Oktober 2025 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YM Tengku Mohammad Hafiz Tg. Hashim Badli, Ketua Penolong Setiausaha – Pengurusan Mal serta semua pegawai dan warga kerja MAIDAM.

Syabas & tahniah kepada semua penerima anugerah.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY