
18 September 2025 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu.
Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Prof. Madya Dr. Azrin Adnan bersama pegawai-pegawai MAIDAM. Perbincangan ini memberi fokus kepada pelaksanaan Potongan Zakat Berjadual (PZB) dalam kalangan staf UniSZA serta ruang kerjasama strategik antara MAIDAM dan UniSZA.
Delegasi MAIDAM telah disambut mesra oleh Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA serta pegawai-pegawai kanan UniSZA.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah penting ke arah memperkukuh jaringan kerjasama bagi memperluaskan manfaat zakat di negeri Terengganu.