
11 Oktober 2025 - Alhamdulillah, sebanyak RM89,250.00 dana Wakaf Tunai MAIDAM berjaya dikumpul sempena program Mental Health Fun Run & Ride for Waqf 2025 yang menggabungkan elemen riadah, kesihatan mental dan amalan rohani. Seramai 1,785 orang telah mendaftarkan diri dalam program tersebut yang telah dibuka pendaftaran semenjak dua bulan lepas.
Dalam majlis yang sama, 15 buah pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menerima cek cura Bantuan Zakat bagi Program Keagamaan, Pemulihan dan Rumah Perlindungan berjumlah RM2,403,380.00.

Turut hadir memeriahkan program ialah Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM), Dato’ Nara Setia (Setiausaha Kerajaan Terengganu), Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham (Pegawai Kewangan Negeri) dan Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM).
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Mental Health Fun Run & Ride for Waqf 2025.