
6 - November - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini menerima zakat korporat berjumlah RM5.86 juta daripada 34 buah syarikat dalam Majlis Penyerahan Zakat Korporat Kali Kedua Tahun 2025.
Turut diraikan penerima Anugerah Potongan Zakat Berjadual (PZB) Tertinggi melibatkan jumlah keseluruhan RM56.66 juta iaitu PETRONAS dengan jumlah RM53.30 juta, UMT (RM1.29 juta), UniSZA (RM1.06 juta) dan TM Technology Services Sdn Bhd (RM1.01 juta).
Sementara itu, Terengganu Inc. diumumkan sebagai Ejen Kutipan Zakat Tertinggi Negeri Terengganu dengan jumlah kutipan RM8.77 juta.
Sehingga 5 November 2025, kutipan zakat MAIDAM merekodkan sebanyak RM205.85 juta dan telah menyalurkan RM262.52 juta kepada asnaf yang layak termasuk RM187.18 juta (71.31%) untuk asnaf fakir dan miskin.
Dalam majlis yang sama, Datoβ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM turut merasmikan πππ‘ππ£πππ§ππ£ π½π€π§ππ£π π-ππ€π©π€π£πππ£ ππππ πππ ππ© (ππππ) β kaedah digital yang memudahkan urusan potongan gaji zakat secara dalam talian.
Turut hadir ialah Datoβ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM serta pengurusan MAIDAM.
Majlis yang diadakan bukanlah sekadar simbolik serahan zakat tetapi manifestasi keberkatan rezeki, kekuatan ukhuwah dan kemakmuran bersama. Setiap sen zakat yang ditunaikan adalah amanah dan rahmat yang mengalir untuk kesejahteraan ummah.
Jazakumullahu Khairan kepada semua pembayar zakat atas komitmen dan keprihatinan anda. Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan meluaskan rezeki semua.