fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
Bulan Integriti MAIDAM 2025
 
 
30 November 2025 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) terus menunjukkan komitmen tinggi terhadap prinsip integriti dan tadbir urus yang baik apabila seluruh pegawai dan kakitangannya melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Sambutan Bulan Integriti MAIDAM Tahun 2025 yang diadakan di Auditorium JHEAT hari ini.
 
Lafaz ikrar tersebut merupakan simbol keazaman warga MAIDAM untuk menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan serta komitmen terhadap amalan integriti secara menyeluruh dari peringkat pengurusan tertinggi hingga ke akar umbi organisasi.
 
Selain lafaz ikrar, majlis turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, disaksikan secara rasmi oleh Pengarah SPRM Terengganu.
 
Bulan Integriti MAIDAM 2025 02
 
Pelaksanaan IBR ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MAIDAM untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang telus, efisien dan berlandaskan nilai-nilai Islam serta integriti tinggi.
 
Majlis dimulakan dengan perkongsian bertajuk Integriti, Governans dan Antirasuah oleh Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Pensyarah Universiti Malaya.
 
Sejurus selepas itu, Bicara Integriti secara santai bersama Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan KPKPj Hazrul Shazreen Abd Yazid, Pengarah SPRM Terengganu dengan KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu bertindak sebagai moderator.
 
Sesungguhnya, Sambutan Bulan Integriti MAIDAM Tahun 2025 membuktikan kesungguhan MAIDAM dalam mendukung agenda nasional membanteras rasuah serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi agama sebagai peneraju tadbir urus yang berintegriti, bersih dan beramanah.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY