
8 Januari 2026 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan menerima mengadap bagi sembah maklum Prestasi Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi Tahun 2024 serta Pengauditan Sistem e-Selfaudit Tahun 2025 untuk syarikat di bawah seliaan MAIDAM pada hari ini.
Dalam sesi tersebut, sembah maklum telah dipersembahkan kepada Baginda oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu; YB Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri Haron, Ahli Dewan Pangkuan DiRaja merangkap Dato’ Mufti Negeri serta YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
Sumber : Jabatan Audit Negara