
1 Februari 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Sambutan Sempena Sesi “Clock In” YBhg Dato’ Nara Setia, atas pelantikan sebagai Yang Dipertua MAIDAM ke-35 berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026.
Ketibaan YBhg Dato’ Nara Setia telah disambut dengan penuh hormat oleh YBhg Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama barisan pengurusan tertinggi serta para pegawai MAIDAM.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar dan sesi rasmi “clock in”, diikuti bacaan doa serta solat hajat bagi memohon keberkatan Allah SWT dan kelancaran amanah kepimpinan baharu.
Seterusnya, Sesi Perjumpaan Yang Dipertua bersama Pegawai MAIDAM telah diadakan bertujuan memberi gambaran menyeluruh berkaitan fungsi, peranan serta hala tuju setiap bahagian kepada Yang Dipertua MAIDAM yang baharu.
Majlis berlangsung dalam suasana tertib dan penuh kesyukuran, mencerminkan sokongan, iltizam serta komitmen MAIDAM untuk memastikan kesinambungan tadbir urus yang cemerlang bagi memperkukuh peranan institusi Islam negeri Terengganu di bawah kepimpinan Yang Dipertua MAIDAM ke-35.