
11 Februari 2026 - Kadar zakat fitrah Tahun 1447H/2026M bagi negeri Terengganu Darul Iman ditetapkan pada dua (2) kadar iaitu :
a. ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ.๐ฌ๐ฌ bagi setiap orang.
b. ๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ.๐ฌ๐ฌ bagi setiap seorang bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara.
Pembayaran zakat fitrah adalah sama ada secara fizikal tunai atau melalui kaedah bayaran tanpa tunai (cashless) yang disediakan menerusi laman sesawang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau amil atau mana-mana kaedah yang telah dipersetujui.
Fitrah hendaklah dikeluarkan dan diserahkan kepada amil yang dilantik oleh Majlis dan hendaklah mendapatkan resit secara fizikal atau elektronik (akuan penerimaan) sebagai bukti pembayaran.
Bagi memudahkan urusan pembayaran fitrah dan zakat yang lain, Majlis telah melantik dan memberi tauliah kepada 906 orang amil bagi seluruh negeri Terengganu.
Orang ramai adalah diseru supaya mengeluarkan fitrah dan zakat kepada amil yang dilantik sahaja kerana pembayaran kepada mereka yang tidak dilantik oleh Majlis adalah menjadi kesalahan menurut Seksyen 41 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Demikian dinyatakan oleh YBhg. Datoโ Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM ketika Sidang Media Pengumuman Ketetapan Kadar Zakat Fitrah Tahun 1447H/2026M Bagi Negeri Terengganu Darul Iman.
Turut hadir ialah YBhg. Datoโ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) dan En. Mohd Yusof Salleh, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan).