
16 Februari 2026 – Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi Sesi 2026/2028 berlangsung penuh istiadat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Pengurniaan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dengan harapan agar barisan ahli yang dilantik dapat memikul amanah dengan penuh integriti, memperkukuh tadbir urus hal ehwal Islam serta terus memartabatkan syiar Islam dan adat Melayu di negeri ini.
Pelantikan tersebut diharap menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa institusi agama, mempertingkat kebajikan umat serta memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berwibawa sepanjang tempoh perkhidmatan sesi 2026/2028.
Sumber: Korporat SUK