fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
 
 
Serahan Bantuan Bersama Kastam
 
1 Mac 2026 - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Terengganu hari ini telah menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf fakir miskin melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam Program Rahmat Ramadan yang berlangsung di ibu pejabat MAIDAM.
 
Majlis penyerahan sumbangan berbentuk beras dan kotak makanan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM bersama-sama YBrs. Tuan Hasbollah Din, Pengarah Kastam Negeri Terengganu.
 
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama para pegawai MAIDAM dan JKDM.
 
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh kerjasama strategik serta menyantuni golongan yang memerlukan khususnya dalam keberkatan bulan Ramadan.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY