
12 Mac 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini meraikan dan menghargai 56 buah syarikat yang telah menunaikan zakat perniagaan bagi tempoh Oktober 2025 hingga Mac 2026 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM12,112,711.35 dalam satu majlis yang diadakan di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu.
Majlis ini turut meraikan para pembayar zakat bertuah sempena Kempen Zakat Akhir Tahun 2025 melalui program Jom Potong dan Menang (Potongan Zakat Berjadual) dan Zakat Rush. Antara hadiah utama yang disediakan adalah pakej umrah, sebuah motosikal, iPad serta mesin pengering pakaian (dryer).
YBhg. Dato' Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM telah menerima serahan zakat tersebut serta menyampaikan hadiah kepada para pembayar zakat bertuah dan seterusnya merasmikan Majlis Penyerahan Zakat Korporat Tahun 2026.
Turut hadir YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama-sama para pegawai MAIDAM yang lain.
Bersempena Ramadan tahun ini, MAIDAM turut memperuntukkan RM15.785 juta melalui Skim Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin 2026/1447H, yang memberi manfaat kepada 29,402 penerima di seluruh Terengganu.
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar zakat atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan terhadap institusi zakat ini. Sesungguhnya setiap ringgit zakat yang diamanahkan bukan sekadar angka, tetapi membawa harapan kepada mereka yang memerlukan.
𝘿𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙖𝙜𝙞𝙝𝙖𝙣, 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙠𝙞𝙧.
𝘿𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖, 𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙤𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙩𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙧𝙪.
Semoga zakat yang ditunaikan menjadi benih kebaikan, menyuburkan kasih sayang dalam masyarakat serta mengundang keberkatan dan rahmat Allah SWT kepada kita semua.