
5 April 2026 - Delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) diketuai oleh YBhg. Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu hari ini.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini telah membuka ruang perbincangan menyeluruh merangkumi pelbagai inisiatif serta peluang kerjasama strategik.
Perbincangan turut menjurus ke arah memperkasa pembangunan sosioekonomi dan memastikan kesejahteraan ummah di negeri Terengganu terus diperkukuh secara berterusan.
Delegasi MAIDAM turut disertai oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama pegawai-pegawai kanan MAIDAM.