
13 April 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima serahan zakat perniagaan daripada Pasar Raya Borong Sakan Sdn. Bhd. hari ini.
Zakat perniagaan berjumlah RM102,000.00 tersebut diserahkan oleh Ts. Ahmad Hafiz bin Roslan, Pengarah, Pasar Raya Borong Sakan Sdn. Bhd. kepada YBhg. Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM.
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pasar Raya Borong Sakan Sdn. Bhd. atas serahan zakat perniagaan tersebut.
Semoga ianya diberkati Allah SWT serta menjadi asbab kesejahteraan dan membantu golongan yang memerlukan.