fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
MAIDAM Sumbang Untuk Pasukan Pingpong Terengganu SUKMA 2026
 
15 April 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) terus menunjukkan komitmen dalam menyokong pembangunan sukan negeri apabila tampil sebagai jabatan angkat bagi kontinjen pingpong Terengganu sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
 
Dalam satu majlis yang diadakan, YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah menyampaikan sumbangan daripada pihak MAIDAM sebagai pembakar semangat kepada para atlet pingpong Terengganu yang akan beraksi di SUKMA.
 
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Haji Ghazali bin Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi selaku bapa angkat kontinjen, Dr. Haji Nasree bin Najmi, Timbalan Pengarah - Pembangunan, Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu dan En. Mohd Yusof bin Salleh, Ketua Penolong Setiausaha - Khidmat Pengurusan MAIDAM.
 
Inisiatif ini diharapkan dapat menyuntik motivasi dan meningkatkan prestasi atlet pingpong Terengganu dalam usaha mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY