-
Peningkatan kefahaman tentang kewajipan membayar zakat di kalangan orang Islam negeri Terengganu.
-
Pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan menggunapakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.
-
Pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.
-
Peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kank-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.
-
Pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.
-
Mempertingkat sumber pendapatan tahunan melalui projek pembangunan dan pemilikan aset untuk menjana sosio ekonomi umat Islam.
-
Memastikan harta-harta wakaf dan sumber am terpelihara, berkembang dan dibangunkan berlandaskan syarak.
-
Pembudayaan amalan berwakaf sebagai sedekah jariah di kalangan masyarakat ke arah memperkasakan sosio ekonomi umat Islam.
-
Membebaskan umat Islam daripada terjebak dengan amalan riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvensional melalui kemudahan pinjaman (mikro kredit) secara mudah dan cepat kepada golongan yang berpendapatan rendah.