Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

  • Zakat Emas dan Perak merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.
Kategori Emas Yang diwajibkan Zakat

i) Emas yang tidak dipakai
  • Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan , tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.

ii) Emas Perhiasan Wanita
  • Emas sama ada dipakai ( sebagai perhiasan yang halal ) sekali-sekala atau berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya melainkan , jika ia melebihi uruf ( tidak termasuk batu permata atau seumpamanya).
  • Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf berbeza mengikut negeri.
Kaedah Pengiraan Zakat Emas

i) Emas yang tidak dipakai (85g)
  Zakat Emas = Nilai emas x 2.5%

Contoh Pengiraan :
Harga emas satu gram   : RM135.35
Berat Emas                           : 100gm
Nilai Emas                             : RM135.35 x 100gm     = RM13,535
Zakat Emas                           : RM13,535 x 2.5%         = RM338.38
 
ii) Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan melebihi uruf semasa (850g)
Emas yang dipakai          : 1000 gram
Uruf semasa                       :  850 gram
Zakat yang dikenakan   : 1000 gram - 850 gram  = 150 gram x harga pasaran x 2.5%
 
Nisab dan Kadar Perak
  • Ijma Ulama telah menetapkan nisab zakat perak sebanyak lima auqiyah bersamaan 40 dirham ( 5 x 40 = 200 dirham ) iaitu bersamaan 595 gram. ( satu auqiyah - 119 gram )

Kaedah pengiraan Zakat Perak

Zakat Perak = Nilai Perak  x 2.5%
 
Contoh Pengiraan Zakat Perak :
Harga Perak satu gram   : RM3
Berat Perak                           : 1000 gram
Zakat Perak                          : RM3 x 1000 gram x 2.5% = RM75
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY