fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Agihan Zakat

Agihan Zakat (2)

Khamis, 09 Jun 2022 03:05

Perkhidmatan Kami


Cara Memohon Bantuan Zakat MAIDAM

1. Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM. 

2. Dengan menggunakan Sistem Permohonan Zakat ini, pemohon hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pejabat MAIDAM Daerah (PMD) di daerah masing-masing bagi membolehkan ia diproses. 

3. Jika borang permohonan beserta salinan dokumen tidak dihantar ke pejabat MAIDAM, maka permohonan tersebut tidak akan diproses.   

4. Bagi menggunakan Sistem Permohonan Zakat hendaklah menggunakan pelayar (browser) Google Chrome dengan resolusi terbaik ialah 1024 x 768.

5. Sistem Permohonan Zakat MAIDAM ini akan ditambah baik setiap masa bagi memudahkan rakyat dan warga MAIDAM memohon dan mengurus permohonan bantuan zakat. 

6. Klik pada Butang  di bawah untuk membuka laman menu sistem permohonan bantuan zakat.
 
 bantuan1
 
 


 
Jumaat, 24 Disember 2021 04:15

Jenis Agihan / Bantuan Zakat

Written by

Berikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)   kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan :

Sektor Sosial dan Kemanusiaan

• Bantuan Bulanan
• Bantuan Sara Hidup
• Bantuan Baikpulih Rumah/Bina Rumah Baru
• Bantuan Perubatan/Hemodialisis
• Bantuan Kecemasan/Bencana
• Bantuan Berhutang
• Bantuan Sewa Rumah
• Bantuan Serta-Merta
• Bantuan Sempena Ramadhan
• Bantuan Pusat Pemulihan/ Rumah Perlindungan
• Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
• Bantuan Masjid Surau


Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

• Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
• Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT  
• Program Memartabatkan Institusi Ulama’
• Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.  
• Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.  
• Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
• Bantuan Persekolahan.
• Latihan Kemahiran Anak Asnaf
• Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah
• Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
• Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.


Sektor Ekonomi dan Keusahawanan

• Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan
• Kursus Keusahawanan Asnaf
 

Bantuan Saudara Kita (Muallaf)

• Saguhati Hari Raya
• Bantuan Kewangan Bulanan
• Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
• Bantuan Sewa Rumah
• Dermasiswa Muallaf
• Bantuan Perkahwinan
• Bantuan Umum Pelajaran
• Pembinaan Rumah Individu
• Saguhati Galakan Saudara Baru
• Bantuan Modal
• Bantuan Perubatan Muallaf
• Kursus dan Latihan
• Pengurusan Jenazah
• Bantuan Berkhatan

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY