fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

MAIDAM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan agensi untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.  Di samping itu , laman web ini membolehkan penciptaan laman rasmi di laman rangkaian media sosial seperti facebook, tiktok dan instagram serta melalui MaklumBalas.

Oleh yang demikian, MAIDAM amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) sama ada secara komersil atau sebaliknya.

  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

 Aplikasi Mudah Alih  Muat Turun / Pautan (Android) Muat Turun / Pautan (IOS)
Terengganu Pay - Pembayaran Fidyah  https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/861 https://apps.apple.com/my/app/terengganu-pay/id1532839434 
Aplikasi Sahabat MAIDAM https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sahabatmaidam https://apps.apple.com/my/app/sahabat-maidam/id1579300224
Aplikasi e-Amil MAIDAM  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.amilmaidam  
MAntAp - MAIDAM Attendance Apps  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mypejabat.punch  
Aplikasi khairat2u https://play.google.com/store/apps/details?id=com.khairat2u https://apps.apple.com/my/app/khairat2u/id6467094110
 Perkara  Muat turun
 Statistik Online Permohonan Bantuan Zakat 2020  pdf icon
 Statistik Online Permohonan Bantuan Zakat 2021  pdf icon
 Statistik Online Permohonan Bantuan Zakat 2022  pdf icon
Statistik Online Permohonan Bantuan Zakat 2023   pdf icon
Statistik Online Permohonan Bantuan Zakat 2024 pdf icon
Statistik Online Permohonan Bantuan Zakat 2025 (Jan-Mei) pdf icon

 

Dokumen / Laporan Download/Link
1. Laporan Tahunan 2022 pdf icon
2. Laporan Tahunan 2021  pdf icon
3. Laporan Tahunan 2020  pdf icon
4. Laporan Tahunan 2019  
5. Laporan Tahunan 2018  
6. Laporan Tahunan 2017  pdf icon
7. Laporan Tahunan 2016  
8. Risalah MAIDAM Bil 1  pdf icon
9. Risalah MAIDAM Bil 2  pdf icon

 

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY