TIADA IKLAN JAWATAN KOSONG PADA MASA INI
TIADA IKLAN JAWATAN KOSONG PADA MASA INI
Pengenalan
Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar telah dibuka dan menerima kemasukan penghuni pertamanya pada 11 Jun 2011. Penubuhan asrama tersebut adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak kehilangan ibu bapa (yatim) terutama di bawah asnaf fakir miskin.
Misinya ialah untuk membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu (fakir miskin) yang daif serta tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah pencapaian akademik. Segala perbelanjaan anak-anak ini ditanggung keseluruhannya oleh pihak MAIDAM sehingga selesai pendidikan menengah mereka.
Jawatankuasa pengurusan asrama ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM selaku Pengerusi. Asrama ini juga diselia dan diuruskan oleh seorang penyelia/pengetua.
Lokasi
Asrama Darul Akhyar terletak di Lot. 3387, Kampung Mengabang Kapal, Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Syarat Kemasukan
Pengenalan
Akademi Kulinari Terengganu (AKT) ini dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Ianya merupakan kerjasama sinergi di antara MAIDAM sebagai Pemilik, YWM (Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA (Pengajar). Siap sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan telah memulakan operasi pada 2 September 2012. AKT diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA.
AKT menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan beserta asrama sepenuh masa kepada ANAK-ANAK ASNAF MAIDAM. Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM di bawah peruntukan zakat.
Inisiatif untuk menubuhkan pajak gadai Islam telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia pada April 1983. Mesyuarat mengusulkan agar Majlis Agama Islam Negeri atau Bank Islam Berhad melaksanakan pajak gadai Islam. Rentetan daripada itu, MAIDAM telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992 iaitu pajak gadai Islam pertama diwujudkan di Malaysia. Matlamat penubuhan MGIT adalah disifatkan sebagai serampang dua mata iaitu membebaskan umat Islam di Terengganu dari terus dibelenggu gejala riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvesional pada ketika itu, dan sebagai program peningkatan taraf sosio ekonomi umat Islam di Terengganu selaras dengan Seksyen 13 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.
Hari ini skim ar-Rahnu MAIDAM telah diurus oleh MAIDAM Property Sdn. Bhd.
SENARAI PREMIS MAIDAM YANG MASIH KOSONG (JULAI 2022)
PREMIS PENTADBIRAN
DAERAH KUALA TERENGGANU | |
BIL | LOT PREMIS |
1. | TINGKAT 3, WISMA MAIDAM, JALAN BANGGOL, KUALA TERENGGANU |
2. | TINGKAT 8, WISMA MAIDAM, JALAN BANGGOL, KUALA TERENGGANU |
3. | TINGKAT 10, WISMA MAIDAM, JALAN BANGGOL, KUALA TERENGGANU |
4. | TINGKAT 11, WISMA MAIDAM, JALAN BANGGOL, KUALA TERENGGANU |
5. | 120D, TINGKAT BAWAH, JALAN SULTAN ISMAIL, KUALA TERENGGANU |
6. | LOT 2009, JALAN PEJABAT, MUKIM BANDAR, KUALA TERENGGANU - TINGKAT 2 DAN 3 SAHAJA |
7. | 470D, TINGKAT 2, JALAN KAMARUDIN, KUALA TERENGGANU |
8. | 237, TINGKAT 3, KG. LADANG, KUALA TERENGGANU |
DAERAH KEMAMAN | |
BIL | LOT PREMIS |
1. | LOT 9282, TINGKAT 2, JALAN KG. GELUGOR, BANGUNAN MAIDAM KERTEH, KEMAMAN |
2. | 278K, TINGKAT 1, JALAN KG. TENGAH, KEMAMAN |
PREMIS SUMBER AM (BAITULMAL)
DAERAH DUNGUN | |
BIL | LOT PREMIS |
1. | LOT 2713 GM 1087, TINGKAT 1, JALAN NIBONG, DUNGUN |
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian : 09-6303030 samb : Unit Pengurusan Harta.
Halaman 3 dari 3