
YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan replika cek sumbangan tersebut kepada YBhg Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM di dalam satu majlis ringkas hari ini.
Sumbangan terbesar dana ini adalah daripada orang ramai melalui kutipan di masjd-masjid seluruh negeri Terengganu di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Sumbangan tersebut termasuk yang dikutipan daripada warga kerja MAIDAM dan MAIDAM Property Sdn Bhd serta peruntukan daripada Kumpulan Wang Sumber Am MAIDAM.
Sumbangan ini adalah lambang kebersamaan, kecaknaan dan sokongan tidak berbelah bahagi umat Islam seluruh negeri Terengganu kepada perjuangan rakyat Palestin. Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Tuan Haji Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Tuan Haji M. Rozi Bidin, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM.