fbpx

Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 Pendidik Cakna Zon Selatan 2024 crop
 
29 Julai 2024 bersamaan 23 Muharam 1446H - Alhamdulillah, Program Pendidik Cakna Zon Selatan telah berjaya diadakan di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Seramai 286 guru daripada 143 buah sekolah di daerah Dungun dan Kemaman telah hadir memeriahkan majlis.
 
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Promosi) MAIDAM berkisar topik wakalah majikan, zakat dan wakaf. Manakala wakil daripada Yayasan Pendidikan MAIDAM pula menyampaikan taklimat berkenaan bantuan persekolahan.
 
Dalam majlis tersebut, pihak MAIDAM telah menyerahkan wakalah majikan kepada dua buah sekolah di zon selatan yang telah memohon bagi tahun 2023. Turut disampaikan dua anugerah iaitu bagi kategori Jumlah Pembayar Tertinggi Potongan Zakat Berjadual (PZB) tahun 2023 dimenangi oleh SMK Sultan Ismail manakala bagi kategori Amaun Potongan Zakat Berjadual (PZB) Tertinggi bagi tahun 2023 pula dimenangi oleh SMK Tengku Intan Zaharah. Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) MAIDAM, Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah membuat Potongan Zakat Bulanan (PZB) kerana telah membantu para pelajar yang kurang berkemampuan di negeri Terengganu.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY