Fungsi Seksyen Kewangan
- Menyelenggara rekod-rekod akaun (termasuk lejar/jurnal/daftar perakaunan)
- Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
- Menyemak Penyata Hasil.
- Menyediakan Penyata Tahunan dan Laporan Bulanan bagi :
- Kumpulan Wang Baitulmal/Sumber Am, ii)Kumpulan Wang Zakat
- Kumpulan Wang Wakaf
- Kumpulan Wang Pentadbiran vi)Kumpulan Wang Amanah
- Bertanggungjawab menyelia dan memantau penyata kewangan Anak Syarikat.
- Memantau pematuhan dasar, peraturan dan prosedur kewangan MAIDAM yang berkuatkuasa.
- Mengawal dan memantau pengurusan kewangan MAIDAM melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) dan Jawatankuasa Audit.
- Mengkaji dan menilai proses pengurusan kewangan MAIDAM dengan objektif untuk merangka, mengubahsuai dan memajukan sistem, peraturan dan undang-undang.
- Menguruskan pelupusan dokumen kewangan
Fungsi Seksyen Belanjawan Dan Pelaburan
- Menyediakan Belanjawan tahunan MAIDAM.
- Mengawal dan memantau pelaksanaan belanjawan tahunan supaya dibelanjakan oleh Bahagian/Seksyen/Unit dengan cekap dan berkesan.
- Menentukan pengagihan sumber kewangan MAIDAM dibuat dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan objektif yang ditetapkan.
- Memantau dan mengurus pemberian peruntukan/geran/pinjaman kepada Anak Syarikat.
- Memantau dan mengurus perolehan keuntungan dan dividen daripada Anak Syarikat.
- Mengurus proses pindah dan tambah peruntukan.
- Merancang, mengawal, mengkaji dan memantau Pelaburan tunai MAIDAM.
- Menyelenggara rekod pelaburan MAIDAM.
- Melaporkan kedudukan pelaburan MAIDAM
Fungsi Seksyen Pengurusan Kewangan
- Mengurus dan menyelia operasi/pengurusan kutipan hasil serta mengkaji kaedah untuk meningkatkan hasil MAIDAM.
- Mengurus dan menyelia operasi/pengurusan
- Mengurus pembayaran emolumen serta caruman yang berkaitan
- Mengurus dan menyedia Pesanan Tempatan.
- Mengurus, menyelenggara dan menyimpan laporan dan dokumen hasil dan pembayaran
- Menguruskan Akaun Panjar, deposit serta akaun subsidiari.
- Menguruskan pengeluaran dan penggantian baucer/ eek/EFT.
- Memantau pematuhan peraturan kewangan melalui siasatan Aduan Bayaran Lewat (ABL), Akaun Belum Terima (ABT), pemantauan pelaksanaan Arahan Perbendaharaan / Tatacara Kewangan
- Mengurus, menyelenggara dan mengemaskini rekod Pinjaman Kenderaan/Komputer.
- Mengurus Pendahuluan Diri dan Pendahuluan Pelbagai
- Mengeluarkan penyata pinjaman tahunan.