Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

IMG 20180228 WA0027
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1.14 juta tahun ini bagi memastikan sekolah pondok dan sekolah agama di negeri Terengganu dapat terus beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM,Tuan Haji M. Rozi bin Bidin, berkata sebanyak 18 sekolah pondok membabitkan 2,365 pelajar menerima bantuan sebanyak RM880,000 manakala RM260,000 disalurkan kepada tiga sekolah agama rakyat membabitkan seramai 701 pelajar.MAIDAM kini dalam proses menyiasat beberapa lagi sekolah menengah dan sekolah pondok yang memohon untuk mendapatkan bantuan.

"Hingga akhir bulan lalu, kita sudah menyalurkan bantuan RM1.14 juta kepada 21 sekolah pondok dan sekolah agama membabitkan keseluruhan seramai 3,066 pelajar," katanya.Bantuan hanya disalurkan kepada sekolah agama dan sekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan menepati syarat dan garis panduan yang ditetapkan MAIDAM."Sepanjang tahun lalu kita menyalurkan bantuan keseluruhan RM2.195 juta kepada 31 sekolah pondok dan tujuh sekolah agama membabitkan seramai 5,827 pelajar," katanya.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY