Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
Sultan terima zakat perniagaan Etiqa 2023
 
Kuala Terengganu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.06 juta daripada Etiqa Takaful dalam satu majlis serahan zakat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 20 Zulhijjah 1444/9 Julai 2023 yang lalu.
 
Penyerahan zakat perniagaan tersebut adalah bagi tahun berakhir 2022 dan ia telah diwakili oleh Encik Zafri Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Family Takaful Berhad.
Menyaksikan majlis serahan zakat tersebut ialah YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM dan Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Haji Mohamad Sabri Haron, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu.
 
Encik Zafri mengharapkan agar bayaran zakat perniagaan daripada Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad ini dapat membantu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan yang bermanfaat kepada golongan asnaf di negeri ini.
 
Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Puan Salina Baharudin, Pengerusi Agensi Wilayah Timur dan Encik Muhamad Nurawi Abdul Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Pantai Timur.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY