Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 Sesi Libat Urus MAIDAM 2023
 
19 September 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan program Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pengoperasian MAIDAM dan Pelancaran Kempen Potongan Zakat Berjadual bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada hari ini.
 
Seramai 180 orang peserta telah menghadiri program ini melibatkan ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, badan berkanun, pembayar zakat, ejen zakat termasuk institusi kewangan, rakan sinergi seperti institut pengajian tinggi awam dan swasta serta penerima zakat individu dan institusi.
 
Program dimulakan dengan pembentangan dan taklimat oleh YBrs Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM yang bertujuan untuk mengumpul maklum balas, cadangan, pandangan dan idea baharu daripada para hadirin berhubung pengoperasian MAIDAM dalam aspek tadbir urus, pengurusan zakat, pengurusan wakaf dan mal, pengurusan harta dan projek serta lain-lain aspek.
 
Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pengoperasian MAIDAM telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sheikh Harun Sheikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM. Beliau turut melancarkan Kempen Potongan Zakat Berjadual dengan penyerahan borang potongan zakat berjadual kepada beberapa agensi dan syarikat korporat.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY