Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Lawatan dari LHDN 2023
 
KUALA TERENGGANU 23 Rabiul Awal 1445 bersamaan 09 Oktober 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima kunjungan hormat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Terengganu di ibu pejabat MAIDAM semalam.
 
Tuan Haji Mohamad Rosli Mamat, Pengarah LHDN Terengganu mengetuai delegasi kunjungan hormat tersebut bersama-sama dengan beberapa orang pegawai pengurusan tertinggi LHDN Terengganu.
 
YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah mempengerusikan sesi perbincangan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi dengan bertukar-tukar pandangan tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing.
 
Turut hadir Encik Abd Razak Abd Rahman (Ketua Penolong Setiausaha – Pengurusan Mal), Puan Wan Noraina Mardiah Wan Chik (Ketua Penolong Setiausaha – Khidmat Pengurusan), Tuan Haji Nazli Amirri Ngah (Ketua Penolong Setiausaha – Pengurusan Zakat) dan lain-lain pegawai MAIDAM dalam majlis tersebut.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY