Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Juara Badminton 2023 2

KUALA LUMPUR 29 Oktober 2023 - Pasukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Pusat Zakat Negeri-negeri 2023 (Zakat Cup) Kali Ke-10 di Arena Sukan Kuala Lumpur pada hari ini.

Pasukan MAIDAM berjaya menjadi juara kumpulan pada peringkat awal. Seterusnya menang menentang Jabatan Zakat Wakaf dan Haji (JAWHAR) di peringkat Suku Akhir.

MAIDAM seterusnya mara lagi mengenepikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di peringkat Separuh Akhir. Akhir sekali berjaya mengalahkan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) yang merupakan juara bertahan di peringkat Akhir.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan Majlis Agama Islam Negeri Sabah (MUIS) dan MAINS.

Kejohanan yang disertai oleh 15 buah pasukan itu dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

 

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY