Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

TH serah zakat 2023TNB serah zakat 2023

KUALA TERENGGANU 17 Rabiulakhir 1445 bersamaan 01 November 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima zakat perniagaan daripada Tenaga Nasinal Berhad (TNB) dan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu majlis serahan zakat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 16 Rabiulakhir 1445/31 Oktober 2023.

Penyerahan zakat TH berjumlah RM7,580,295.38 diwakili oleh YM Tuan Syed Hamadah Syed Othman (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH), Dato' Haji Mohyen Mosman (Pengarah TH Wilayah Timur) dan Tuan Haji Nizan Johar Abdul Wahab (Pengarah TH Negeri Terengganu).

Sementara itu, sejumlah RM1,567,000.00 zakat perniagaan TNB diserahkan melalui Dato' Abdul Razak bin Abdul Majid (Pengerusi TNB), Datuk Ts. Shamsul Ahmad (Ketua Pegawai Pengurusan Pihak Berkepentingan & Kawal Selia TNB) dan Ir. Haji Mohamed Mohyddin Mohamed Nor (Pengurus Besar)

Menyaksikan majlis serahan zakat tersebut ialah YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Terengganu), YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM), Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Haji Mohamad Sabri Haron (Mufti Kerajaan Negeri Terengganu) dan Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM).

 

 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY