Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

 
 Kaha2023
 
Kuala Terengganu, 5 Jamadilakhir 1445 bersamaan 18 Disember 2023 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan RM17.15 juta untuk diagihkan kepada 24,500 keluarga asnaf fakir dan miskin menerusi program Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) 2023 hari ini.
 
Program KAHA 2023 berlangsung serentak di seluruh negeri dengan program utama berlangsung di Dewan Terbuka JHEAT manakala untuk lain-lain daerah diadakan lawatan ke rumah-rumah asnaf terpilih.
 
Penganjuran KAHA 2023 tidak melibatkan konvoi bermotosikal sebagaimana tahun sebelumnya di atas faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
 
YB Dato’ Haji Sheikh Harun Sheikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM berkata, menerusi bantuan secara "one-off" itu, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) asnaf akan menerima RM700.00 dan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.
 
Senarai asnaf fakir miskin yang layak menerima bantuan KAHA 2023 adalah daripada kalangan penerima Bantuan Bulanan dan Bantuan Sara Hidup MAIDAM bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
 
Menariknya KAHA 2023 turut menjemput sama kehadiran para pembayar zakat untuk menyaksikan sendiri manfaat agihan zakat kepada golongan asnaf hasil daripada zakat yang ditunaikan oleh mereka.
 
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY