Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta


 
 Terengganu Inc serah zakat perniagaan
 
Kuala Terengganu 17 Syaaban 1445 bersamaan 27 Februari 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM7.8 juta daripada Terengganu Inc dalam satu majlis serahan zakat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu semalam (26 Februari 2024).
 
Penyerahan zakat daripada kumpulan Terengganu Inc bagi tahun berakhir 2022 itu telah disampaikan oleh Encik Burhanuddin Himi Mohamed @ Harun, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
 
Menyaksikan majlis serahan zakat tersebut ialah YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM dan Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohamad Sabri Haron, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu.
 
Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YM Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang, Ketua Eksekutif, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Encik Ridzuan Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad dan Ts Abdul Karim Endut, Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).
 
 

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY