Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

apc 1

18 Julai 2022 (Isnin):- Program Pembentangan Hala Tuju Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berlangsung di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Kuala Terengganu. Pembentangan yang disampaikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM itu menjelaskan berkenaan strategi yang disusun dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan di MAIDAM, merangkumi pengurusan zakat, wakaf, sumber am dan lain-lain perkara yang dijalankan di MAIDAM. Beliau juga berkata, menetapkan sasaran adalah suatu perkara yang penting bagi merangka strategi gerak kerja yang perlu dilaksanakan demi mencapai sesuatu matlamat yang diimpikan. Perpaduan dalam kalangan rakan sekerja juga perlu dititik beratkan supaya wujud kerjasama yang utuh demi mencapai kecemerlangan khususnya dalam menjaga sosio ekonomi masyarakat Terengganu.


apc 2

Pada majlis yang sama juga, turut berlangsung penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahunan bagi tahun 2021, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi Bulanan bagi Januari - Februari 2022 dan Mac - April 2022.

bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY