Rombongan yang diketuai oleh YBhg Dato' Haji Mohamah Nor bin Mansor, Penasihat Agama MAIPk, telah disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam), Tuan Haji Omar bin Musa dan Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan) MAIDAM, Tuan Haji Rosdi bin Awang.
Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, MAIDAM dan disampaikan oleh Tuan Haji Omar bin Musa. Pada sesi petang pula, rombongan MAIPk telah dibawa melawat ke Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Di sana rombongan tersebut telah diiringi oleh Tuan Haji Mohamad Noor bin Mohamad, Pengarah Jabatan Baitulmal MAIDAM.