Mereka telah disambut oleh Yang DiPertua MAIDAM, Y.Bhg. Dato' Bentara Luar (Dato' Haji Omar Pilus). Perbincangan telah diadakan di Pejabat Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Tingkat 4, Pusat Pentadbiran Islam Negeri.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Y.Bhg. Datuk Abdul Manaf Ahmad (Ketua Pegawai Kewangan UIM), YBhg Dato’ Haji Mustapha Abdul Rahman, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Rozali Saleh (Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu), Haji Mat Azmi Arshad (Timbalan Pesuruhjaya Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan MAIDAM) dan pegawai kedua-dua pihak.