Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Omar Musa berkata bantuan yang diberi kepada mangsa-mangsa tersebut bukanlah hasil dari wang zakat.

“Bantuan sebanyak RM3,000 bagi satu keluarga ini adalah bantuan segera tidak mengira status pendapatan mereka kerana ia tidak melibatkan wang zakat.

“Wang tersebut adalah dari sumber am MAIDAM untuk diberi kepada mangsa bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menyampaikan bantuan tersebut di kediaman sementara mangsa-mangsa kebarakan tersebut di Wakaf Mempelam, hari ini.

Ujarnya lagi, bantuan-bantuan lain turut akan disampaikan apabila siasatan selesai samada mereka layak ataupun tidak untuk menerimanya.

“Kita sedang menjalankan siasatan ke atas mangsa-mangsa ini samada mereka layak ataupun tidak untuk menerima bantuan lain.

“Jika mereka dikategorikan sebagai asnaf, mereka layak untuk menerima bantuan seperti bantuan persekolahan, bantuan sewa rumah dan sebagainya mengikut keperluan,” katanya.

Sumber : teganukita.my

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 40

Hari sebelum 499

Minggu ini 4599

Bulan ini 15773

Jumlah 162025

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?