Baginda bertitah, pada masa ini masih wujud perpecahan serta sikap berpuak-puak kalangan masyarakat Islam berkaitan solat Jumaat selain pembinaan masjid atau surau tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).


Justeru, baginda menyeru agar perbuatan sedemikian perlu dihentikan serta-merta kerana ia bercanggah dengan enakmen yang sedang dikuatkuasakan.

Sultan Mizan juga mahu supaya MAIDAM berusaha menangani masalah itu dan jika perlu, tindakan undang-undang dikenakan ke atas pihak terbabit.

“Tindakan juga perlu diambil terhadap mereka yang sengaja tidak hadir solat Jumaat tanpa ada uzur syarie."

“Sesungguhnya perpecahan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada masyarakat Islam, sebalik­nya menjadikan mereka lemah dan mengundang kehancuran,” titah ba­ginda ketika merasmikan Masjid Sul­tan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, Exco-Exco Kerajaan Negeri, para pembesar serta kenamaan negeri.

Masjid Sultan Muhammad itu yang nama asalnya Masjid Raja Bukit Besar mula dibina baharu pada 2008 dengan kos RM6.4 juta dan siap sepenuhnya pada Januari 2014.


Sumber : teganukita.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 28

Hari sebelum 732

Minggu ini 3061

Bulan ini 12918

Jumlah 181755

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?