A A A

A- A A+

Kerajaan negeri meluluskan bantuan kecemerlangan sebanyak RM20,000 kepada Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) setelah berjaya muncul antara 10 sekolah terbaik seluruh negara yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini.


Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemberian insentif itu diberikan apabila sekolah berkenaan memperoleh Min Purata Nilai Gred Kumulatif (Min PNGK) 3.21 mencapai Min PNGK lebih daripada 2.80 dan mengatasi Min PNGK peringkat kebangsaan (2.62).

“Dua buah sekolah lain yang turut mencapai Min PNGK 3.00 ke atas adalah SMK Putra (3.12) dan SMKA Durian Guling, Marang (3.10) di mana masing-masing akan menerima bantuan kecemerlangan sebanyak RM10,000,” ujarnya.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan pada sidang media selepas menyampaikan hadiah komputer riba kepada 14 pelajar negeri ini yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2014 di SMAASZA, hari ini.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri, Zakaria Hussin dan Pesuruhjaya MAIDAM, Dato’ Mohd Rozali Saleh.

Katanya, bantuan kecemerlangan itu diharap dapat menjadi perangsang kepada sekolah lain untuk berlumba mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.

Katanya, pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan itu juga akan mendapat insentif lain yang disediakan kerajaan negeri.

“Ini termasuk bantuan daripada Yayasan Terengganu diikuti dengan Anugerah Pelajar Cemerlang, bantuan RM1,000 untuk kemasukan ke universiti, dan merupakan kumpulan pertama memperolehi baucer RM500 untuk kemudahan ICT,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Razif turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya serta ibu bapa dan seluruh warga pendidik di negeri ini yang telah bekerja keras untuk memastikan Terengganu terus cemerlang dalam bidang pendidikan.


Sumber : teganukita.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 787

Hari sebelum 501

Minggu ini 2526

Bulan ini 23268

Jumlah 83818

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?