Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan supaya ada pihak-pihak seperti anak syarikat kerajaan negeri, swasta dan institusi kewangan yang sudi tampil untuk bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi membangunkan tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan.

Di samping, bersedia untuk bekerjasama dengan menyumbangkan dana bagi pembangunan hartanah wakaf demi mempertingkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat di negeri ini terutama golongan miskin.

Baginda bertitah, di bawah Maidam setakat ini terdapat sebanyak 704 lot tanah wakaf dengan pelbagai tujuan antaranya seperti wakaf tapak masjid, tapak surau, tapak kubur, manfaat wakaf, wakaf am, wakaf zuriat, wakaf anak yatim, wakaf kepada pendidikan agama dan wakaf kebajikan sosial.

                                                                         

Titah baginda, daripada tanah-tanah wakaf ini terdapat tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan, namun ianya tidak dapat dilaksanakan memandangkan Maidam kekurangan dana bagi tujuan tersebut.

“Beta dimaklumkan bahawa bagi menampung kekurangan dana, Maidam pada masa ini sedang mempergiatkan usaha mempromosi Wakaf Tunai dengan menggalakkan umat Islam dalam negeri ini untuk mewakafkan wang tunai.

“Dana wakaf tersebut akan ditukar dengan aset-aset kekal melalui pembangunan tanah wakaf sedia ada, pembelian aset yang strategik dan bernilai komersial seperti pembelian rumah kedai, pejabat atau membangunkan tanah perladangan dan perkilangan,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamir Khir Baharom, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda.

Baginda bertitah, wakaf bukan hanya suatu ibadat untuk memperolehi pahala semata-mata tetapi ia juga merupakan instrument bagi pengukuhan ekonomi dan sosial umat Islam.

                                  

 

Sumber : teganukita.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 613

Hari sebelum 793

Minggu ini 613

Bulan ini 10470

Jumlah 179307

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?